KENAPA BLOG?


Assalamualaikum wbt

Dah lama sangat sebenarnya saya tak fokus menulis di blog  sejak 2014. Almost tiga tahun kot kan. Blog pun dah bersawang. Dah tak muncul pun dekat senarai blog2 yang aktif. Hehe.

Sebab apa?
Sebab saya fokus bisnes menggunakan medium facebook sahaja. Meniaga di FB merupakan pilihan ramai kebanyakan peniaga online. Dikatakan mudah untuk memukau prospect. Kalau guna blog ni ketinggalan zaman katanya.




Yeke?

Pada saya tak. Sebab post kita di blog akan kekal dan mudah dicari hanya skrol pada tajuk serta mudah jumpa. Tapi kalua di FB, setiap hari kita akan buat post, nak nak peniaga kan. Dalam sehari kena buat minima 5-7 post, kalau sebulan? Mau 25-35 post. Bila nak cari balik jenuh skrol atau cari keyword.

Cuba kita tengok ramai orang Berjaya dan dah jadi jutawan pun seperti Azizan Osman, Aliff Syukri, Irfan Khairi, mereka semua ada web sendiri. Dah Berjaya pun masih aktif bersesawang. Kita?

Haa… boleh fikir? Hihi


Jadi saya harini berasa insof nak aktif berblog semula. Di fb pun nak aktif, blog lebih lagi. insyaAllah.


Korang doakan saya ye. 

Comments

Popular posts from this blog

HFMD SEMBUH DENGAN PANTAS

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT

ANAK PATAH TULANG TANGAN PULIH SEPENUHNYA DALAM 6 MINGGU SAHAJA