Makan Supplemen Tapi Makin Lapar. Kenapa?
Sebenarnya ada sebab daripada segi biologi dan psikologi yang mempengaruhi hal ini semua.
Bukan hanya sepanjang Ramadan iaitu selepas waktu berbuka membuatkan kita mengunyah apa saja makanan, tapi ia boleh dikatakan sepanjang masa. Jika anda khuatir nafsu makan meningkat tak menira masa, boleh baca artikel ini dan ketahui sebabnya.
TAK CUKUP TIDUR
Letih seharian dengan kuliah dan rutin kerja ada kalanya membuatkan kita sukar tidur. Waktu tidur secukupnya iaitu tujuh hingga lapan jam sehari terpaksa ditolak tepi secara tidak langsung mengganggu kestabilan hormon tubuh.Aturan hormon yang mengatur selera makan keesokan harinya terganggu sekali gus menghasilkan zat lain yang menyebabkan rasa lapar berbeza daripada hari biasa. Oleh itu, cuba atur perjalanan harian selengkapnya untuk mendapatkan kualiti tidur seperti disarankan.
KURANG AIR DALAM TUBUH
Mengutamakan cecair yang diperlukan oleh badan adalah langkah terbaik untuk menjaga selera pada waktu sepatutnya. Jika tubuh tidak diisi dengan cecair iaitu minuman akan menyebabkan dehidrasi iaitu kekurangan air dalam tubuh.Masalah timbul apabila kuantiti air dalam badan kurang menyebabkan kita berasa lapar. Apa yang terjadi adalah kita bukannya mengambil minuman apabila terasa lapar, tetapi memilih makanan. Keperluan tubuh sebaliknya memerlukan air berbanding makanan. Disebabkan itu, kita tidak berhenti mengunyah sehingga benar-benar puas.
EMOSI TAK STABIL DAN BOSAN
Ada segelintir orang menolak makanan jika sedih dan ada juga yang sebaliknya. Setiap daripada kita memiliki selera yang sukar untuk ditafsirkan dan ada daripadanya bergantung kepada emosi. Menjadi masalah sekiranya anda terlalu bergantung kepada makanan pada waktu sedih, tekanan atau perasaan lain yang bermain di fikiran.Rasa bosan juga antara punca untuk kita mencari makanan. Sambil melepak di rumah menonton televisyen, kita pasti mencari sesuatu sebagai ‘kudap-kudapan’. Walaupun perut penuh diisi dengan makanan berat lain beberapa jam sebelumnya, ia bukan isu besar bagi kita. Pernahkah anda sedar mengenai hal ini dan apa yang anda lakukan mengenainya?
CUACA DAN ORANG SEKELILING
Mungkin tidak ada kajian terperinci yang menyokong kenyataan ini, tetapi beberapa artikel berkaitan ada menghubung kait hal ini. Kita impikan makanan panas ketika cuaca sejuk dan ini dibuktikan dengan cara pemakanan masyarakat luar negara yang memilih makanan lebih karbohidrat dan lemak pada musim sejuk.Snek, makanan ringan boleh dikategorikan sebagai ‘musuh’ utama dalam isu ini. Sama ada di pejabat, kuliah atau tempat tertutup berhawa dingin meningkatkan keinginan kita untuk makan makanan ringan. Kawal rasa ini dengan menggantikannya dengan makanan sihat lain seperti kacang atau buah-buahan.Waktu berkumpul beramai-ramai antara penyebab kita makan berlebihan. Tanpa sedar, kita memesan makanan ringan yang tinggi kandungan lemak. Tidak perlu fikirkan hal serius mengenai penjagaan makanan dan kandungan nutrisi waktu melepak, anda mungkin diperli rakan. Tetapi situasi seperti inilah antara sebab kita terlebih makan tanpa sedar.
Sekarang dah tahu antara faktor-faktor penyebab kita semakin rasa nak lapar saja terutama bila makan sebarang supplement,nak-nak vitamin yang larut air,memang sangat menuntut kita untuk lebih banyak minum air.
Selamat sihat semua!

Comments
Post a Comment