Assalamualaikum & Salam Sejahtera ! Tips ini saya ambil dari sini , ihsan dari Puan Zatika Izati Puade 10 "JANGAN" untuk penyusuan susu ibu yang berjaya : 1. JANGAN bertangguh untuk mendapatkan bantuan atau sokongan sekiranya anda bermasalah dalam memulakan penyusuan, contohnya, latching, inverted nipple, susu tak keluar, clogged ducts dan sebagainya. 2. JANGAN ambil hati dan terlalu hiraukan pendapat orang yang boleh membunuh semangat anda untuk menyusukan bayi, yang mana mereka ini mungkin orang yang rapat dengan anda. JANGAN lupa untuk menolak dengan cara yang baik, 3. JANGAN malas untuk mendapatkan ilmu tentang penyusuan ibu ~ anda boleh bertanya dengan teman-teman yang sama-sama menyusukan bayi, tak kira teman online atau in real life. Hendak seribu daya 4. JANGAN kedekut untuk membeli pam yang benar2 berkualiti, agar dapat memaksimumkan pengeluaran susu ketika mengepam. Rasanya kalau dibandingkan dengan harga susu formula...