KES KAKAK TERTUSUK LEHER ADIK

Huwaargh lamanya nak menulis pape entry dalam ni.

Dah sampai masanya untuk fokus kembali kepada blog ni. Jadi insyaAllah harini adalah pemula untuk saya kembali fokus menulis untuk berkongsi manfaat kepada semua tentang dunia keibubapaan dan kesihatan.

Kita highlight kes terkini yang menarik perhatian satu negara.

Pasca kes kakak tertusuk pisau kat leher adik sendiri..
Saya membesar sebagai satu-satunya anak perempuan dari 5 beradik.
Atas abang dan 3 adik lelaki kat bawah.
Zaman kanak-kanak saya lebih banyak dihabiskan dengan permainan yang budak lelaki main. Ganas jugak sebab abang saya ganas masa tu.
Kalau orang tanya dulu kamcing ke dengan abang?sebab beza umur 2tahun je.
Saya akan jawab tanpa lengah “ dia jahat giler!” Hahaha.
Kitorang memang takleh jumpa. Macam anjing dengan kucing. Gaduh je kerja dan dia memang kuat membelasah. Saya pulak akan balas dengan baling barang. Tak berani balas sebab masa tu dia montel dan tangan dia besar. Sekali debik, sesak dada.
Tapi sejak dia tingkatan 3 dia berubah 360 darjah. Jadi baik gilerrr. Sampailah sekarang 🥰
Siapa sangka, keterbiasaan begitu waktu zaman kecil saya menjadi trauma kepada saya sekarang.
Saya tak boleh tengok anak-anak pegang barang waktu bergaduh mulut sesama adik beradik.
Saya akan terbayang zaman kecil saya. Bergaduh, baling barang apa yang boleh dicapai.
Dan saya terbayang anak-anak saya akan buat benda yang sama.
Kalau tanya Azhan dia dah biasa dah tengok keadaan saya halang anak itu ini dan berleter tentang ni.
Kalau saya dan Azhan keluar berdua dan tinggalkan anak-anak kat rumah walau sekejap, saya akan ke dapur dulu untuk pastikan gunting di tempat tersorok. Pisau berada kat tempat tak mudah dicapai.
Macam tu lah sejak dulu. Tak jemu pesan baik-baik kat rumah, jaga adik beradik jangan gaduh-gaduh.
Tup tup kemarin terjadi kes yang selama ni saya takutkan.
Kakak 18 tahun tertusuk pisau kat leher adik 16 tahun..
Dari berita khabarnya suspek dan mangsa bukan budak liar, anak yang baik, patuh ajaran agama jugak.
Kita pun takda kat tempat dia dan tak tahu keseluruhan cerita
Mungkin ada perasaan lama yang terkumpul, mungkin kecuaian tak tersangka atau mungkin kepenatan amat sampai tak boleh rasional.
Wallahualam.
Ya Allah pelihara kami dari kejahatan nafsu dan amarah.
- mendoakan suspek diberi peluang kedua -

Comments

Popular posts from this blog

HFMD SEMBUH DENGAN PANTAS

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT

ANAK PATAH TULANG TANGAN PULIH SEPENUHNYA DALAM 6 MINGGU SAHAJA