Posts

Showing posts from November, 2019

TEMPOH HAID TERLALU PANJANG & DARAH YANG MELIMPAH

Image
Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat dan cepat penat, sehingga rutin seharian terganggu. Keadaan ini dinamakan MENORRHAGIA apabila kedatangan haid yang berpanjangan dan kehilangan darah yang banyak. Dari sudut syari'e pendarahan haid yang melebihi 15 hari dikira sebagai darah istihadah, di mana seorang wanita itu diwajibkan bersolat dan berpuasa. . Banyak punca berlaku keadaan seperti ini. Antaranya puncanya ialah :  . 1. KETIDAKSEIMBANGAN HORMON Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron akan menyebabkan lapisan dalam rahem (endometrium) menjadi tebal, kemudian akan runtuh menjadi darah haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium berkembang secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan pendarahan haid yang banyak. . 2. KEGAGALAN FUNGSI OVARI Jika ovari tidak berfungsi dengan baik, ia ti...

JANGAN GABUNGKAN MINUM AIR BERSODA DENGAN MAKANAN SEGERA

Image
Ramai yang tidak perasan bahawa minuman yang biasa dijual di restoran makanan segera adalah minuman bersoda. Saya sudah lama tidak membeli di restoran segera. Mungkin lima tahun lepas. Seingat saya pernah minta air mineral tetapi tidak dijual. Saya tidak faham mengapa makanan segera seperti burger harus diambil bersama air bersoda. . Kita mungkin tidak mengetahui bahawa menggabungkan makanan segera seperti burger de ngan air bersoda adalah sesuatu yang bahaya. .  Pakar nutrisi mengatakan ia memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi di dalam kedua-dua makanan ini. Begitu juga dengan kentang goreng yang disediakan. Ia juga memberatkan fungsi hati, ginjal, pankreas dan jantung. .  Jika diambil sesekali, mungkin kesan negatif itu tidak kelihatan dengan jelas, namun jika diambil setiap hari atau beberapa kali sehari seperti mana amalan di kebanyakan individu di Amerika Syarikat, ia memberikan impak ...

MEMILIH JENIS-JENIS VITAMIN C TERBAIK

Image
Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimppan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan. Banyak makanan terutamanya buah-buahan yang membekalkan vitamin C. Antaranya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato.  Ada kalanya pemakanan yang kita makan tidak cukup dengan vitamin C, terutama jika makan makanan yang berproses. Makanan segar yang kita makan membekalkan sebahagian kecil peratusan yang diperlukan oleh tubuh. Jika kita mengambil makanan berproses, tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh. Oleh itu kita perlukan suplemen vitamin C.  Untuk mencapai tahap membantu rawatan, (therapeutic dose) kita memerlukan dos yang lebih tinggi iaitu antara 500 mg dan 1,000 mg vitamin setiap hari. Dos yang sebegini boleh didapati dari kenanyakan farmasi dan ia bukanlah dos berbahaya. Saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang penggunaan Vitamin C, a...

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Image
Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini. Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis. . Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit. . Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, ia boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak juga menyebabkan masalah ini. . Ini kerana selalunya koyakan berlaku pada Kawasan yang dinamakan perineum yang berada di antara faraj dan dubur. Semasa kepala bayi keluar dari saluran peranakan, Kawasan ini meregang atau digunting atau mengalami koyakan secara tidak sengaj...

WAKTU SESUAI MELAKUKAN PAP SMEAR

Image
Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj. . American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin). Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan pada wanita yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa negara b arat, ia digalakkan pada wanita seawall umur 21 tahun. . Ini kerana pemeriksaan pap smear akan menyebabkan kecederaan selaput dara. Di Malaysia kebiasaannya wanita berusia 30 tahun telah pun berkahwin. Oleh itu pap smear dilakukan pada usia 30 tahun. Bagi mereka yang telah berkahwin, ia boleh dilakukan segera pada sebarang umur. Begitu juga dengan wanita yang aktif dalam hubungan seksual di usia yang lebih muda, pemeriksaan pap smear perlu dilakukan lebih awal. . Kebanyakan wanita di negara-negara barat telah mula melakukan hubungan ...

PROSES INDUKSI (INDUCE) KELAHIRAN, ADAKAH IA SELAMAT?

Image
Kakwid sebelum serah diri ke labor room untuk proses "induce" Salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya semasa bekerja di wad persalinan (obstetric), iaitu soalan yang sama juga ialah adalah proses induksi kelahiran selamat? Tidakkah ia mengganggu proses kelahiran yang normal? . Induksi kelahiran adalah proses permulaan kelahiran yang dibantu oleh doktor dengan beberapa kaedah dan ubat, agar selepas itu proses kelahiran yang normal (dengan rahem mengecut) dapat dapat bermula. . Tujuan proses induksi kelahiran ini, agar bayi yang masih dalam rahem cepat dikeluar setelah ia matang (lebih 38 minggu) dan mengelakkannya daripada mengalami masalah. Dengan itu pembedahan caeserean secara tiba-tiba (emergency) dapat di elakkan. . Oleh itu proses induksi kelahiran harus dilakukan atas sebab kesihatan yang difikirkan perlu untuk mengelakkan masalah pada ibu dan anak. Ia adalah proses yang selamat. Sumber : Facebook Page Dr Zubaidi Hj Ahmad Amalkan ...

Petua Asas Untuk Luka Cepat Sembuh

Image
MasyaAllah 1. Jaga pemakanan semasa berpantang. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. 2. Amalkan juga makanan seperti madu, minyak zaitun, cuka kurma atau delima, badam, kurma. Luka cepat sembuh dan bahagian dalaman juga cantik. 3. Amalkan makan banyak sayur sawi dan minum jus oren atau minuman kaya vitamin C untuk luka cepat sembuh. 4. Semasa pantang makan sumber protein yang baik seperti contoh sup ikan. Kerana protein membantu mencantikkan semula kesan luka pembedahan dari dalam dan luar. 4. Elakkan mengangkat objek berat dalam jangka masa yang lama. 5. Ambil juga suplemen seperti Vitamin C dan Zink sebagai membantu ibu memenuhi keperluan nutrisi dalam badan serta ibu lebih cergas dan sihat serta luka juga cepat baik. Ramai yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee yang lengkap untuk kesemua keperluan nutrisi ibu  ketika berpantang. Dapatkan dari saya pengedar sah Shaklee Malaysia Widad Azhan 0132542536

OMEGA 3 UNTUK PERKEMBANGAN SARAF, PERKEMBANGAN PENGELIHATAN & ELAK MEROYAN !

Image
Omega 3 telah diketahui penting untuk perkembangan penglihatan, baik neurologi dan awal bayi. Kekurangan omega 3 dalam diet ini diburukkan lagi oleh fakta, iaitu wanita hamil akan menghabiskan omega 3, kerana omega 3 juga dipergunakan oleh janin untuk pembangunan sistem saraf nya. Omega 3 juga digunakan selepas bayi lahir, iaitu untuk menghasilkan susu. Penyelidikan telah mengesahkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet ibu hamil akan memberikan kesan positif untuk perkembangan penglihatan dan kognitif kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 lebih banyak boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Omega 3 juga boleh memberi kesan positif bagi kehamilan itu sendiri. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA telah terbukti dapat mencegah kelahiran pra-matang, serta menurunkan risiko pre eklampsia sekaligus juga dapat meningkatkan berat lahir dan berat kehamilan. Kekurangan omega 3 akan meningkatkan risiko kemurungan bagi ibu hamil (meroyan). Ini mungkin yang m...

UNIC - LIRIK & VIDEO MENUJU WAWASAN

Image
Menuju Wawasan Album : Menuju Wawasan Munsyid : Unic http://liriknasyid.com Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat Kuat usaha jujur dan amanah Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah Umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam Jangan buang masa Siapa kata kita tidak boleh Kita ada Allah maha kuasa Kita punya kuasa tenaga Doa sebagai senjata Umat islam sentiasa boleh Umat islam zaman lampau Taat perintah Rasulullah Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan Wawasan dunia dan akhirat Aqidah ibadah harus sempurna Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan Ulama' warisan ambiya' Pegangan mereka harus diikuti Ajaran sesat wajib hindari Umat islam harus cemerlang hari ini Umat islam sentiasa boleh Akhirnya islam cemerlang seluruh dunia.