NIAT NAK SUSUKAN ANAK SEHINGGA ANAK UMUR 2 TAHUN TAPI TIDAK MAHU CAMPUR SUSU FORMULA??





Ada 10 TIP berguna untuk anda πŸ˜‰
Siapa tidak mahukan yang terbaik buat si anak kan?
Pasti ramai mama di luar sana yang ingin menyusukan anak mereka sehingga anak umur 2 tahun.
Sebenarnya perjalanan menyusukan anak sehingga 2 tahun amat memerlukan sokongan dan kekuatan dari segi mental dan fizikal.
Perkongsian dari Puan Hazrina Nasir ini dilihat sangat membantu mama-mama di luar sana yang mahu menyusukan anak secara eksklusif. Jom kita tengok apa tip berguna itu. 
1. BUKA PERSEDIAAN MENTAL πŸ’š
Saya dan suami memang merancang. Jadi bila bersedia nak ada anak sebelum mengandung lagi saya dah ambil tahu mengenai kehamilan. Dalam proses itulah saya tahu mengenai kebaikan breastfeeding. Sejak dari itulah saya jadi teruja dan semangat nak susukan anak.
2. TAMBAH ILMU πŸ˜‰
Kalau dah niat tapi tak tahu caranya pun susah juga. Jadi saya pun mulalah tambah ilmu breastfeeding. Saya baca aritkel-artikel di internet dan blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan juga join forum penyusuan susu ibu. Bila ada ilmu saya rasa lebih faham dan yakin. Contoh kalau ibu bekerja mesti nak kena tahu macam mana nak urus stok susu perahan EBM dan sebagainya kan.
3. SOKONGAN SUAMI DAN AHLI KELUARGA πŸ˜ƒ
Saya beritahu suami dan keluarga. Mereka pun tidak berapa tahu mengenai susu ibu ni. Tapi menyokong kepada saya dan serahkan kepada saya untuk buat pilhan yang terbaik. Dalam masa yang sama saya juga berkongsi ilmu breastfeeding sikit-sikit bersama mereka. Tujuannya supaya bila ada masalah timbul, mererka tahu bagaimana nak bantu saya.
4. PERSEDIAAN MATERIAL πŸ€—
Antara barang penting yang perlu ada kalau nak menyusukan anak adalah breastfeeding-pump set, breast pads, nursing pillow, nursing bra dan macam-macam lagi. Bila ada barang-barang ni proses penyusuan akan jadi lebih mudah dan selesa.
Barulah seronok nak menyusukan anak.
5. PERSEDIAAN ROHANI πŸ˜Ž
Masa mengandung sampailah anak saya umur 2 tahun saya sentiasa doa semoga Allah permudahkan saya untuk susukan anak. Antara amalan penting yang saya amalkan secara istiqamah untuk ikhtiar banyakkan susu ialah :
Zikir Ya MATIN - Ambil segelas air. Mulakan dengan Bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Minum air dengan niat nak menyusukan anak.
Surah Al-Hujurat - Ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersifat hati-hati.
**Tip eksklusif semasa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah.
6. PERSEDIAAN FIZIKAL☺️
Ibu menyusu perlu sangat jaga kesihatan fizikal. Sebabnya kalau badan penat, nak menyusukan anak itu sendiri akan rasa sangat mencabar! Apatah lagi kalau sakit. Jadi nak dapatkan kesihatan yang baik saya jaga pemakanan,rehat secukupnya, selalu ceria dan positif.
7. PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG πŸ˜„
Saya amalkan makan secara sihat dan seimbang. Saya pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Saya elakkan makan makanan proses dan tidak berkhasiat. Setiap hari saya minum lebih kurang 3 liter air dan saya amalkan makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu seperti buah kurma.
8. MAKANAN TAMBAHAN πŸ˜‹
Masa menyusukan anak, zat-zat dan nutrien penting dari badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu itu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting sebagai ibu menyusu kena pastikan badan dapat nutrien lengkap yang penting supaya badan boleh hasilkan susu dengan baik dan kesihatan terjaga.
9. ELAKKAN STRESS πŸ˜«
Tertekan ni biasalah kan. Ada banyak punca tertekan. Tambah-tambah bila baru saja bersalin tu susah nak dapat rehat yang berkualiti. Tapi apa yang penting kena pandai urus tekanan. Jangan terlalu ikutkan hati.
Saya kerapkan direct feeding dengan anak dan dalam masa sama cuba ikhtiar dengan makan makanan yang galactogogue (makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan). Untuk ibu bekerja mungkin kena tahu cara untuk buat Power Pumping supaya stok EBM tak susut. 
10. TAWAKKAL πŸ˜
Saya perasan ramai ibu menyusu yang suka fikir "risau susu tak ada". Bagi saya apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha buat yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Allah bantu dan makbulkan.
Sekian. Semoga bermanfaat bacaan ini untuk mama semua.

Comments

Popular posts from this blog

HFMD SEMBUH DENGAN PANTAS

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT

ANAK PATAH TULANG TANGAN PULIH SEPENUHNYA DALAM 6 MINGGU SAHAJA