NEKAD KURUS DAN DETOX UNTUK HAMIL ANAK KEDUA





Assalamualaikum. 

Nama saya Ili Raihana Jumali. Boleh panggil Ili.
Asal Johor. Sekarang menetap di Sabah. 

Ili pengguna setia Shaklee sejak 2013. Mengandung, berpantang dengan Shaklee.
Dapat fully breastfeed anak selama 2 tahun 5 bulan pun dengan bantuan supplemen Shaklee. 

Bila anak sulung dah mula berusia 2 tahun, ramai orang bertanya bila nak tambah anak lagi. Bila Zaheen nak ada adik. Dan bermacam lagi desakan supaya tambah anak.

Bukan tak usaha, kita personally lagilah nak tambah anak kan. 

Setiap kali dapat soalan macam tu, Ili selalu minta doakan rezeki anak untuk kami bertambah.

Doa, usaha berterusan. Tapi Allah belum beri rezeki. 

Sampai lah akhirnya 2018. Keinginan nak tambah anak tu membuak-buak. 

Ili dah join kelas detox sejak 2016. Berjinak-jinak detox 2017. Tapi selalu tak berjaya. Akhirnya 2018 Ili tekad nak detox betul-betul. Nak kurus dan usaha untuk hamil.

Masa ni, Ili teringat kata-kata master Farihah, kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. 
Ni lah yang Ili buat.

Makan supplemen Detox kecuali Vivix, makan supplemen kesuburan Shaklee serentak dengan detox. Stop minum kopi. Banyak minum air masak, kurangkan minum air manis. Amalkan suku suku separuh semampu yang Ili boleh. Doa tak putus-putus. Minta Ayah Mak doakan jugak. Masa tu mereka pergi umrah.

Mac- April 2018 memang Ili makin bersungguh Detox. 

Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah beri kami berita gembira pada Mei 2018.

Ili berjaya hamil untuk kali kedua. macam tak percaya pun ada. Tapi syukur sangat usaha dan doa membuahkan hasil. 

Sekarang Ili dah 23 minggu. Doakan Ili selamat melahirkan anak kedua ni ye. Semoga bayi yang dilahirkan sihat sempurna, anak yang baik InshaAllah..

Terima kasih kerana sudi membaca!😊

Anda ingin mencuba produk untuk membantu anda hamil? Hubungi saya, Widad 0132542536

Comments

Popular posts from this blog

HFMD SEMBUH DENGAN PANTAS

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT

ANAK PATAH TULANG TANGAN PULIH SEPENUHNYA DALAM 6 MINGGU SAHAJA