ADA ANAK KECIL BUAT SAYA SUSAH NAK BUAT KERJA



Ini anak ketiga saya, yang bongsu setakat ni; Al-Hafiz Luqman, setahun lima bulan.

Ada anak kecik yang tengah lasak dan nak explore semua kat sekeliling dia bukanlah suatu yg mudah.

Saya sendiri mengalami kepayahan untuk membahagikan masa antara memberi perhatian terhadap tindakan anak kecil saya dan dalam masa yang sama saya perlu memberi sepenuh fokus pada bisnes yang saya punyai passion terhadapnya. 😽

Contoh paling dekat adalah sekarang ni hah, malam ni dah nak dekat kul 12 barulah saya dapat fokus pada bisnes.



Budak kecik tu masa tengah terawih kat surau tadi dia mintak tido. Tupun sebab tangan tersepit kat sliding door, melalak, bg susu dan lelap.

Balik rumah dia bangun! Sejam setengah aku bergelap nak tidokan dia balik tapi tak berjaya πŸ™€

Kenalah minta tolong suami untuk ambil alih dan saya keluar dari bilik untuk check anak2 bisnes dan update sales di web Shaklee.

Malam ni saya mesti OT!

Passion saya untuk bantu dan guide mereka yg datang untuk diberi tunjuk ajar sehingga pandai berdikari dan maju.

Passion saya untuk diri sendiri melapah ilmu sebelum saya muntahkan kepada anak2 bisnes.

Passion saya untuk help others to help others sangat membuak buak.

Passion saya untuk menenangkan anak2 didik berdepan isu yang rapuh dan membuta tuli tanpa mensahihkan dari yang ahli.


Bila kita nakkan sesuatu, kita pasti akan mencari jalan untuk tetap melakukannya. Itulah kayu pengukur besar atau tidaknya BIG WHY kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Anak, bukan penyusah tetapi anak adalah gula gula dari Allah untuk uji ketahanan kita.

Saya kata saya nak buat bisnes untuk kehidupan anak2 saya yang akan datang menjadi sangat baik dan lancar,

Maka dari sekarang saya kena membayar dengan kepenatan dan air mata.

Mana boleh saya salahkan anak2! Mereka modal untuk saya dari Allah untuk mencapai impian saya yang sangat besar!πŸ’ͺ

Korang pun kena macam tu. Hidup kita bukan yang sekarang, tapi adalah hari esok yang kita belum tahu nasibnya macam mana.

Jadi berkorbanlah masa sekarang, untuk senyuman di hari esok.

Allah itu menilai usaha dan kesabaran saya, dan saya serta KITA haruslah paksa diri untuk sentiasa kuat.πŸ’ͺ

Saya dah buktikan. Kalau saya meratap dgn ujian anak ni sejak dua tahun dulu, pasti harini saya mengemis nafkah elaun dari suami je atau keluar bekerja tanpa hati yg rela dan terpaksa tinggalkan anak2 di rumah pengasuhπŸ™€

Salam kuat
Salam gagah dua Ramadhan ❤

Widad,
Key Coordinator Mei.
013-2542536

Comments

Popular posts from this blog

HFMD SEMBUH DENGAN PANTAS

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT

ANAK PATAH TULANG TANGAN PULIH SEPENUHNYA DALAM 6 MINGGU SAHAJA