RAHSIA JUALAN PERIBADI RM14k DALAM 20 HARI

Semalam Kakwid ada bagitahu nak share apakah antara usaha rahsia Kakwid sampai boleh buat sales peribadi rm14k tak r
Beratus sahabat FB Kakwid yang like post tu dan ramaiii sekali yang nak tahu apakah ia.

Ada yang meneka sebab Kakwid memang jenis all out, ada yang teka sebab sedekah, dan sebagainya.

Memang tak nafi, kuasa sedekah tu sangat power. Memang Kakwid buat. Setiap kali bila bonus Shaklee masuk je memang dah siap2 agih untuk sedekah punya bahagian.

Ahad baru ni, Kakwid ke Bangi Sentral. Nampak pakcik jual kerepek, tanpa banyak soal Kakwid beli rm10 ada 3 bungkus pelbagai jenis kerepek. Sedap!! Sebab dalam kepala Kakwid, jangan pikir pakcik ni tah betul susah ke ntah tak. Kita nak sedekah sedekah je, taknak sedekah jangan fikir jauh sangat. Allah yang nilai semua tu. Niat kita sedekah insyaAllah pahala kita dapat, dia menipu dosanya dia yang dapat, kita masih untung sebab sedekah.

Esoknya Allah balas sales Kakwid sehari mencecah rm5000 masyaAllah. Rezeki datang dari pelbagai sudut.

Tapi bukan itu yang kakwid nak sharekan semalam. ☺

Ianya adalah usaha berterusan yang Kakwid mulakan pada pertengahan bulan Disember lepas.

Kata kuncinya adalah "Hakim dan Aliyah" 💓

Percaya atau tidak,

Kakwid draftkan beberapa doa yang spesifik dalam satu kertas A4, tak lupa juga doa buat seluruh anak bisnes keturunan Kakwid dalam tu, buat tulisan warna warni dan Kakwid cakap pada dua anak soleh solehah tu,



"Lepas ni, setiap hari, lepas solat abang mesti baca doa dalam kertas ni dan kakak aminkan."

Biasalah budak kan, umur 5,7 tahun, buat respon muka kura kura kunyah kangkung je bila Kakwid kata macam tu.

Dia tanya "Kenapa kena baca ni?"

Kakwid bagitau,

Kalau ummi dapat capai target ni, la bla bla rank up key coordinator bla bla bla.. ummi ada duit rmXX XXX, banyak orang kita boleh tolong dan..

(Ini klimaks)

ABANG DAN KAKAK BOLEH MINTAK HADIAH MAINAN PALING BEST YANG KAKAK DAN ABANG NAK. AMACAM?

Ini kali, belum masuk waktu solat dia dah berdoa dulu 😂

Sejak hari tu, alhamdulillah Hakim yang selalu ingat nak ambil kertas tu setiap kali lepas solat. Aliyah aminkan. Kakwid join sekali.

Walau nampak alahh budak budak apa ada. Main main je tu.

No!

Budak ni bersih suci takda dosa. Mereka wasilah penyebab doa doa mudah dimakbulkan..kalau budak budak belum baligh meninggal dunia, mereka akan terus ke syurga..

Kakwid yakin dengan asbab doa doa yang Hakim baca dan Aliyah aminkan, Allah dah mula beri nikmat tu. Allah makbulkan separuh daripadanya.

InsyaAllah semuanya akan dimakbulkan tak lama lagi. InsyaAllah.

Jadi anda, yang anak ramai laaagi untung sebab ramai anak anak suci akan baca dan aminkan.

Yang belum ada anak, boleh minta anak buah, anak murid, pendek kata anak orang lain bacakan dan aminkan.

Ianya sangat mujarab masyaAllah.

Semoga perkongsian ni memberi manfaat untuk semua dan anda dapat sesuatu untuk memajukan diri insyaAllah 😉

Feel free to share.

Kakwid,
013.254.2536🍇

Comments

Popular posts from this blog

HFMD SEMBUH DENGAN PANTAS

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT

ANAK PATAH TULANG TANGAN PULIH SEPENUHNYA DALAM 6 MINGGU SAHAJA