10 MAKANAN SIHAT UNTUK IBU HAMIL

Di KL ketika usia kandungan ketiga saya masuk 8 bulan


Pada masa sekarang memang terdapat banyak makanan sihat untuk ibu hamil yang boleh kita dapati. Tetapi banyak juga yang harus kita elakkan, contohnya: makan ikan itu penting, tetapi bukankah kandungan merkuri pada makanan ini terlalu banyak? Atau makanan wanita hamil harus banyak protein dan itu dari daging namun bukannya daging mengandung banyak kolesterol dan berlemak? Jadi ianya hanya dinasihatkan untuk diambil terllau banyak dan berlebihan.

Buat para ibu yang menginginkan kebaikan buat janin yan sedang dikandung penuh kasih dan diri sendiri agar sihat dan kuat, saya kongsikan 10 makanan terbaik dan sihat juga mudah didapati;



1. Telur

Selain lebih dari 12 vitamin dan mineral, telur mengandungi banyak protin berkualiti, yang penting untuk kehamilan. 
“Sel-sel bayi tumbuh pada tahap yang eksponensial, dan setiap sel terbina daripada protin,” jelas Ward seorang pakar gizi. “Tambahan lagi, sebagai wanita hamil, Anda juga memiliki keperluan protin sendiri.”
Telur juga kaya dengan kolin, yang secara keseluruhan mendorong pertumbuhan bayi dan kesihatan otak, sambil membantu mencegah kecacatan sistem saraf. Bahkan telur juga mengandungi lemak omega-3 yang penting bagi perkembangan otak dan penglihatan.


2. Kacang

Ada begitu banyak pilihan dan manfaat kacang bagi wanita hamil sangat banyak. Antara semua jenis kacang, kacang buncis mengandungi serat dan protin yang paling banyak dari semua jenis sayuran.
Kita sudah tahu protin penting sepanjang kehamilan, namun kita mungkin belum menyedari bahawa serat dapat menjadi teman terbaik kita selama menunggu sembilan bulan. 
Semasa kehamilan, saluran pencernaan agak lambat, menyebabkan kita berada pada risiko untuk sembelit dan paling teruk adalah buasir. Jadi serat berfungsi membantu mencegah dan meringankan masalah ini.
Selain itu, makanan yang mengandungi serat cenderung menjadi kaya gizi. 



3. Popcorn Dan Bijirin

Popcorn adalah gandum. Seluruh butirnya adalah penting dalam kehamilan kerana gandum tinggi serat dan nutrisi, termasuk vitamin E, selenium, dan fitonutrien – tanaman yang melindungi sel-sel. Bukan hanya popcorn. Ada banyak bijirin lain di luar sana seperti oat dan gandum.



4. Daging Tanpa Lemak

Daging adalah sumber protin berkualiti tinggi, carilah daging tanpa lemak atau lemak yang telah dipisahkan. Ketika membeli daging merah, sangat susah untuk mendaptkan daging yang bebas lemak. 

Jangan makan hot dog, kecuali jika dagingnya dipanaskan dengan api sehingga betul betul masak. Ada risiko kecil untuk dalam makanan seperti ini kerana boleh dijangkiti bakteria dan parasit dari daging seperti toxoplasma Listeria monocytogenes, atau salmonella pada bayi.




5.Buah - buahan

Makan berbagai-bagai warna sayur serta buah seperti warna hijau, merah, oren, kuning, ungu, putih akan memastikan bahawa kita dan bayi kita mendapatkan pelbagai nutrisi. Setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral, dan antioksidan.
Keuntungan lain di seluruh spektrum buah dan sayuran adalah selama tahap akhir kehamilan, bayi ‘menjilat’ makanan yang ibu makan melalui cairan ketuban. Jadi jika kita sudah memperkenalkan bayi kita kepada pelbagai buah-buahan sihat dan sayuran dalam rahim, kita akan meningkatkan peluang bayi kita akan mengenali dan menerima makanan itu nanti.
Selain daripada makan buah-buahan yang dibeli di kedai buah atau pasar, kita juga boleh mengamalkan jus buah-buahan. Ia amat bagus untuk ibu mengandung dalam membentuk kulit bayi yang lembut serta kulit ibu mengandung juga. 


6. Sayur Hijau

Contohnya bayam, atau sayuran berdaun hijau lain yang sarat dengan vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C, dan K, serta folat yang sangat penting. 



7. Ikan Salmon

Ikan salmon bukan sahaja dipenuhi dengan protein kualiti tinggi, bahkan salmon juga merupakan sumber omega-3. Kandungan gizi pada salmon ini bagus untuk ibu hamil, selain juga ikan ini memiliki jumlah merkuri yang lebih rendah. Bahaya ikan lainnya bagi ibu hamil adalah kandungan merkuri yang tinggi, dimana boleh membahayakan semasa proses perkembangan sistem saraf bayi. Namun ingat, jangan makan salmon terlalu banyak, setidaknya dengan sekadar 12 auns per minggu untuk mengurangi bahaya merkuri itu.


8. Walnut

Cuba walnut, ini adalah salah satu sumber sayur-sayuran omega-3 terkaya. Sejumlah walnut adalah pilihan yang sangat sesuai untuk snack atau bahan salad.


9. Yogurt

Segala jenis yogurt merupakan sumber kalsium yang penting dalam diet kehamilan. Jika kita tidak mendapatkan kalsium yang cukup, maka jumlah kalsium yang akan sampai pada perkembangan bayi kita juga terbatas sedangkan bayi memerlukan jumlah kalsium yang mencukupi dari ibu untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat sempurna serta kuat.


10. Keledek

Satu pengetahuan baru tentang manfaat keledek oren bagi wanita hamil ini ialah ianya mempunyai warna oren yang terdiri dari karotenoid, pigmen tanaman yang dikonversi menjadi vitamin A dalam tubuh kita.
Keledek juga merupakan sumber vitamin C, folat, dan serat. Dan seperti kacang, keledek murah dan serbaguna.

Selesai sudah 10 senarai makanan sihat untuk ibu hamil, saya berharap panduan makanan ibu hamil ini dapat membantu para ibu untuk memilih makanan terbaik untuk bayi.InsyaAllah, Sekian.





Comments

Popular posts from this blog

HFMD SEMBUH DENGAN PANTAS

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT

ANAK PATAH TULANG TANGAN PULIH SEPENUHNYA DALAM 6 MINGGU SAHAJA