ASAS KEJAYAAN --> KEMBALI KEPADA ALLAH
BACK to BASIC>> DOA..DOA+SABAR=KUNCI KEJAYAAN
________________
MINTA TOLONG KEPADA ALLAH Al:Fatihah [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
SABAR & SOLAT
Baqarah [45] Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang.
Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
BILA? Baqarah [214] : …….Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
SIAPA?
Ar-Rum [47]…..dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.
Al-Hajj [40]……dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. [41] Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Muhammad [[7] Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENOLONG
Al-Mulk [20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah?
Kahfi [43] Dan dia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah dan dia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. [44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
Nasr [1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); [2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Ali-Imran [123] Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
Ali-Imran [160] Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ______________________________
Renung2kan yer.. jawapan dan peneylesaian masalah kita semua TIADA pada tangan saya mahupun tgn upline anda.. tetapiu MOHON lah padaNYA..BERDOA DOA DOA DOA..
doa diberi kekuatan membuat bisnes
doa agar diri sentiasa ISTIQAMAH sepanjang 12bulan pertama..
doa diberi semngat yg positif
doa diberi kesabaran menghandle customer menghandle famili
doa diberi kesabaran menunggu impian tercapai
doa diberi ilham cara utk marketing
doa mohon agar disenangi dan disukai org
doa diberi kesabran mendidiik anak2 buah
doa DITEMUKAN dgn org yg nak beli suplemen shaklee dari kita
doa ditemukan dgn org yg nak buat bisnes
doa doa doa doa
doa doa doa doa doa
AKAN TETAPI
Usaha dan doa perlu seiring..bukan sekadar DOA.... tapi jgn lupe ..genggam dengan KEMAS kunci SABAR.. kerana itulah kunci pintu kekayaan dan kkejayaan... renung2kan..
Comments
Post a Comment