PERSEDIAAN JIKA DITOLAK
[Tips Magika : Rejection]
Soalan: saya nak buat bisnes, tapi bagaimana kalau orang reject apa yang saya jual?atau takde orang respon? atau orang kutuk?
Jawapan: Rejection adalah asam garam dunia bisnes. Nak taknak kena rasa. Mula2 memang 'sakit', lama-lama lali nanti.
5 tahun lepas saya start sharing kat blog, fb, email semua orang.
Nak tahu apa yang saya buat bila orang reject / tak like/tak respon/ taknak beli/kutuk/gelakkan/dan segala macam yg sewaktu dengannya
Saya nangis dalam hati. Tuhan jer yang tahu rasa hati. Hancur luluh,malu, frust ,tension, gerammmmm..semua rasa ada. Serius.Itulah yang saya rasa.
TAPI takkan nak layan hati lama2..kan kan. Cakap kat diri sendiri, okay orang ni taknak, okay next. and next and next.
Sekarang pun masih ada jer yang reject/tak respon/geleng kepala/reject dengan sopan pun ada... tapi saya dah lali, takdelah frust macam 5 tahun lepas. Alah bisa tegal biasa. Sorang taknak, 1 juta orang lain nak.
Lagi satu, tanam dalam minda,betulkan niat hati kita , Apa yang kita cerita/kongsikan tentang produk itu dengan niat IKHLAS NAK BERKONGSI. Jadi takdelah frust sangat kalau orang taknak beli..hihi
Agak2 kalau saya layan hati lara saya 5 tahun lepas hanya kerana beberapa orang yang reject tu...takdelah saya sampai ke tahap ni. yer tak.
Ingat ye, hati manusia Tuhan pegang, harini mereka reject tak bermaksud mereka tak suka apa yang kita jual/kongsi cuma belum terbuka hati.
Esok lusa pasti mereka akan cari anda, Jadi jangan berhenti berkongsi dan bercerita tentang produk jualan anda
kalau tak sanggup terima rejection, jual kat diri sendiri jer lah..tak gitu?
feel free to share n like
MCsKK
Comments
Post a Comment