Posts

Showing posts from October, 2019

“NASIHAT YANG DIBENCI” PENGHIDAP KEMURUNGAN

Image
Gangguan mental seperti kemurungan sehingga hari ini masih sukar diterima oleh masyarakat sebagai salah satu daripada jenis penyakit meskipun mereka yang menghidapnya adalah lebih ramai berbanding penyakit yang dapat dilihat secara fizikal. Apa yang menyedihkan ialah mereka yang menghadapi masalah gangguan mental seperti kemurungan ini menderita dalam diam. Adakah anda peka jika insan tersayang atau kawan rapat mengalami kemurungan? Sehubungan itu, JANGAN GUNAKAN NASIHAT INI jika anda berhadapan dengan PENGHIDAP KEMURUNGAN. “Anda perlu bebaskan diri daripada kemurungan” Nasihat ini hanya akan menjadikan penghidap kemurungan menjadi lebih murung. Antara perubahan yang boleh dilihat ialah mengasingkan diri, putus harapan, tiada selera makan dan masalah tidur. Jika anda perhatikan gejala-gejala ini, pastikan mereka mendapat rawatan terutamanya jika keadaan ini berlarutan lebih dari dua minggu. “Orang lain jauh lebih teruk”  Nasihat ini tidak akan membantu individu ...